Wednesday, 14 December 2011

Tip Untuk Gembira Sebagai Pelajar Dan Guru


#1 | Mengenalpasti
Fahami & kenal pasti betul-betul apa yang membuatkan anda akan rasa gembira. Lain orang lain caranya. Mereka ada cara tersendiri untuk jadi ceria. Begitu juga anda. Jangan bandingkan cara mereka dengan cara anda.

#2 | Merancang

Rancangkanlah sesuatu perkara yang anda tahu pasti membuatkan anda gembira kalau anda berjaya mencapainya. InsyaAllah mood anda akan menjadi lebih baik kerana anda berasa yakin dengan diri anda sendiri kerana anda dah ada sesuatu target di depan yang sangat tak ternilai harganya.

#3 | Pergaulan

Bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa  gembira. Anda akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif jika anda bergaul dengan mereka-mereka yang berperasaan begitu. Begitu juga jika anda bersama-sama orang yang berfikiran positif, emosi mereka juga akan mempengaruhi anda.

#4 | Cara Penyelesaian

Bila terjadi sesuatu masalah, terus cari cara menyelesaikannya daripada anda sibuk menyalahkan orang lain atau diri sendiri. Orang yang benar-benar gembira ialah mereka yang berjaya mengawal mood mereka tanpa dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.

#5 | Berfikir

Berikan beberapa minit setiap hari supaya anda boleh fikir apakah perkara-perkara yang boleh buat anda rasa gembira. Dari sinilah anda berpeluang menjadi lebih fokus kepada benda-benda yang positif di dalam hidup anda. Ianya pasti menjadi anda kekal gembira.



#6 | Hadiah

Penting juga setiap hari anda beri hadiah kepada diri anda sendiri. Pergi lunch makanan kegemaran anda, pergi tengok sukan kegemaran anda kat stadium, mandi jakuzi di pusat istirehat, ataupun membeli pakaian yang anda suka supaya anda lebih handsome atau cantik. Semua ni akan mengekalkan kegembiraan & menjadikan mood anda lebih baik.

#7 | Humor

Cari unsur-unsur humor di dalam pelbagai situasi anda. Memang, ada masanya anda perlu serius. Wujudkan suasana gembira di pejabat, ketika bersarapan pagi ataupun di dalam kereta bersama-sama teman anda.

#8 | Kesihatan

Kekalkan kesihatan anda dalam mencapai kegembiraan sehari-hari. Terlalu gemuk atau anda tak makan makanan yang berkhasiat juga akan efek kepada mood anda. Bersenam, bersukan & beriadahlah kerana ia akan membuatkan anda rasa gembira.



#9 | Kepercayaan

Akhir sekali, anda sendiri perlu tahu pentingnya kebahagiaan dalam diri hidup anda. Orang yang merasakan diri mereka tak berhak hidup gembira, kadangkala mereka sendiri akan sabotaj diri sendiri dalam mencapai kebahagiaan. Kalau boleh, hari-hari anda perlu berkata kepada diri anda sendiri bahawa anda berhak untuk menjadi gembira & bahagia. Ini akan mengingatkan anda kembali apakah langkah-langkah yang patut anda buat untuk menjadi seorang yang benar-benar telah mencapai kegembiraan.

Monday, 12 December 2011

Motivasi Diri Sebagai Guru Dan Pelajar

Motivasi bukan sesuatu yang mudah untuk datang, terutama jika keadaan sekeliling anda tidak menuntut anda untuk sentiasa mempunyai motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci utama untuk pelbagai aktiviti manusia. Anda tidak boleh main-main di sekolah, jika tidak anda mungkin tidak akan dapat masuk universiti, dan seterusnya anda tidak akan mendapat pekerjaan. Dan apabila sudah bekerja, makan gaji atau kerja sendiri, anda tidak boleh tinggalkan kerja dan duduk berehat di rumah. Anda perlu lakukan seperti apa yang anda lakukan di sekolah dahulu: mematuhi tarikh akhir, menyiapkan laporan, dan sebagainya. Secara umum, menjalani kehidupan dengan bertenaga.

Bagaimana anda boleh memberi motivasi kepada diri sendiri? Bagi kebanyakan orang yang telah terbakar, ianya sangat sukar untuk dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang boleh anda pertimbangkan apabila anda merasakan diri anda sudah tidak larat lagi untuk pergi lebih jauh atau lebih lanjut:

- Tahu apa sebenarnya yang anda mahu. Apa yang anda motivasikan diri anda untuk lakukan? Adakah anda hanya mahu menyelesaikan kerja, atau adakah anda mahu mendapatkan wang yang banyak? Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mencapainya, dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.


- Tetapkan tujuan untuk usaha yang anda lakukan. Masalah dengan ramai orang adalah mereka bekerja keras tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang? Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa anda berusaha.

Berusaha untuk mendapat wang yang banyak adalah matlamat kosong; berusaha untuk wang supaya anda boleh mendapatkan rumah yang baik dan kereta yang bagus mungkin lebih nyata; berusaha untuk mendapat lebih banyak wang supaya anda boleh membantu adik-beradik memasuki universiti, untuk ibu bapa menikmati persaraan mereka, dan sebuah rumah yang lebih baik untuk keluarga, dan mungkin sebuah kereta mewah untuk diri sendiri… adalah lebih nyata.


- Bercuti dan berehat. Kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri dari semuanya untuk seketika. Luangkan masa untuk diri sendiri, dan dapatkan pandangan orang luar tentang situasi anda.
Jika anda mula lebih kerap penat, badan anda mungkin memberitahu anda supaya perlahan sedikit, ambil cuti untuk memulihkan tenaga.  Sekurang-kurangnya pergi bersiar-siar. Anda mungkin mahu mengetepikan sedikit masa setiap hari untuk anda cas semula diri, supaya anda tidak sentiasa dibebani dengan kerja.

- Jangan takut untuk mengatakan tidak apabila anda diberikan tugasan lain. Kadang-kadang anda mungkin mempunyai terlalu banyak kerja dan anda merasa sangat stres sehingga sampai ke satu titik di mana anda berputus asa dan tidak lagi mahu buat kerja. Pastikan kerja anda berada di tahap yang terurus. Anda perlu kekal waras untuk terus bekerja dalam jangka masa yang panjang.

Beri ganjaran kepada diri sendiri untuk sesuatu pencapaian. Rancang percutian untuk diri sendiri, atau berjanji untuk membawa diri anda menonton filem jika anda berjaya menyiapkan kerja anda. Ganjaran yang kecil seperti makanan ringan dan secawan coklat panas pun berkesan juga.

Cerita Untuk Meningkatkan Motivasi Pelajar Pemulihan

Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda. Wink

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”


Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“

PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.

 
Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan.

 
Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

 
TUJUAN

 
1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran.
2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.
3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

 
CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

 
Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :
1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

 
2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

 
3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

 
BILIK / KELAS

 
a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain seperti kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan.

 
b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

 
c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah.

 
Prinsip – prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

 
PENTADBIRAN KELAS

 
Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan. Di antaranya ialah :
Jadual waktu kelas / persendirian Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas. Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang – ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

 
  • Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
  • Membuat penyediaan bahan – bahan pengajaran.
  • Mengemaskinikan rekod – rekod.
  • Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
  • Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.
  • Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
  • Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.
  • Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.